Contoh RPH


                         
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran :    Bahasa Malaysia                     Masa   :     8.10- 8.40 ( 30 minit )
 Tarikh               :    23 April 2012                          Tahun  :    1 Millenium
Bilangan Murid :    29 orang
Tema                :    Bersih dan sihat
Tajuk                :    Makanan Berzat
Standard Pembelajaran  :
 2.2.1   Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua  atau tiga
            perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal 
            berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
 3.3.1  Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan
            tertutup dengan betul dan kemas.         
 Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran muird dapat :
1.     Membaca perkataan yang ditunjukkan dengan sebutan yang betul.
2.     Membina dan menulis  sekurang-kurangnya  tiga perkataan dengan ejaan yang betul serta tulisan yang kemas.
Sistem Bahasa :  Kosa kata  :  roti, tembikai, mempelam, anggur, kuih, kangkung
Pengisian Kurikulum :
1.    Ilmu : Pendidikan Kesihatan. Pendidikan Jasmani, Pendidikan Agama Islam
2.    Nilai : Kebersihan, bertanggungjawab pada diri sendiri dan bersyukur.
Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir- menjana idea, menghubungkait
Kemahiran Bahasa: Membaca, mendengar, menulis.
Bahan Bantu Mengajar : Benda maujud – roti, tembikai, mempelam, kangkung,kuih
                                        Kad perkataan, kad gambar dan lembaran kerja.
Pengetahuan Sedia Ada  : Murid pernah makan makanan yang akan dipelajari.

     
Langkah

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran
Catatan


Set Induksi
(3  minit)

Bersoal-jawab

1.    Murid diminta memerhatikan
benda maujud yang ditunjukkan.
2.    Murid diminta menamakan makanan yang ditunjukkan sambil bersoal jawab dari segi rupa, saiz, warna, bentuk dan rasa.
3.     Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran hari ini.



KB: Menghubungkait
BCB : mendengar secara aktif.
BBB: bahan maujud



Langkah

      1

 ( 8 minit)





Mengeja dan membaca perkataan

1.    Murid mendengar dan mengikut guru mengeja dan membatang perkataan.
2.    Murid mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan dengan bimbingan guru.
3.   Murid  mengeja dan membaca
perkataan secara kumpulan dan individu.

KB: menjana idea
BBM : kad
perkataan
BCB : Mendengar dengan berkesan.

Langkah
2
( 6 minit)







Memadankan

1.     Murid berketinting ke hadapan kelas
dan mengambil kad perkataan yang disediakan.
2.    Murid membaca perkataan lalu memadankan dengan gambar.
3.    Padanan yang betul diberi ganjaran.

KP:
Kinestetik
BBM:
Kad perkataan,
Kad gambar




Langkah   
      3
(8 minit)

Pengukuhan

1.    Murid diedarkan dengan lembaran kerja.
2.    Murid mendengar arahan yang diberikan oleh guru.
3.    Murid dikehendaki melengkapkan perkataan dengan huruf yang betul berpandukan gambar.

BCB : Kemahiran mendengar arahan

BBM : lembaran kerja



Penutup
(5 minit)


Kuiz

Rumusan isi pelajaran dan penerapan nilai

1.    Murid duduk dalam kumpulan yang ditetapkan.
2.    Murid mendengar perkataan yang disebut oleh guru.
3.    Murid diminta menulis perkataan yang didengar di papan hitam.
4.    Kumpulan yang dapat menulis semua perkataan dengan betul dikira pemenang.

Nilai:
Kerjasama, bersyukur dengan nikmat kesihatan dan menghargai diri


                                          

No comments:

Post a Comment